Make your own free website on Tripod.com

Petai Ulam Berkhasiat
Home

 

Bagi sesetengah orang, hidangan tengah hari tidak akan sempurna tanpa ulam-ulaman seperti petai,jering kerdas. Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa Hassk tergolong dalam keluarga Leguminasae. Terdapat empat spesis petai di Malaysia,iaitu petai kerayung (Parkia javanica),petai meranti (Parkia singularis),petai biasa (parkia speciosa) atau dipanggil petai papan dan petai nering (Parkia sumatrana).

Pohon petai tergolong dalam jenis pohon besar dan tinggi. Pohonnya boleh meninggi atau menjulang antara 20 hingga 30 meter. Biasanya,pohon petai tumbuh liar di kawasan pedalaman. Ukurannya boleh mejangkau antara dua hingga lima meter.Selain itu, daun pohon petai mirip daun pokok semarak.

Terdapat banyak vitamin dan bahan galian pada buah petai. Dalam 100 gram petai,ia mengandungi tenaga 120 kalori,kalsium 126mg, besi 3.4mg vitamin B1 0.2mg,vitamin C 32.7 mg,protien 10 gram,karbohidrat 16 gram,gentian 1.5 gram,lembapan 1.9gram,lemak 1.8 gram dan lain-lain 1.7 gram.

Megikut kajian pengikut-pengikut tempatan,petai juga mengandungi kadar protein dan lemah berbanding tumbuhan lain iaitu masing-masing lapan peratus dan karbohidrat 11 peratus.

Terdapat juga kalsium, fosforus,zat besi, vitamian A,B,B2 dan niasin. Dari segi nilai perubahan, buah petai yang dimakan sebagai ulam pada umumnya menyumbang ke arah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin,bahan galian dan unsur-unsur lain. Khasiatnya berubah mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi.