Make your own free website on Tripod.com

Telur Penambah Tenaga
Home

 

Telur sejenis makanan berkhasiat yang kaya dengan protein, lemak, vitamin A,B dan D,garam galian seperti zat besi,kalsuim dan sulfur serta air. Ia bernilai tinggi dalam perubahan tradisional dan digunakan untuk mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Paling ketara tentang kegunaan telur ialah untuk memberi kekuatan fizikal serta menambah tenaga batin. Bagi yang penat berkerja, amalan mengambil kuning telur bercampur madu boleh menyegarkan semula badan yang tidak bermaya,letih,dan lesu.

Telur juga penawar untuk mengatasi masalah lenguh-lenguh badan atau sengal-sengaltulang. Telur juga ada kegunaan dalam soal kecantikan. Kuning telur yang dicampur dengan krim malam atau minyak sayur boleh digunakan sebagai masker untuk mengatasi masalah kulit kering. Satu lagi kaedah untuk mengatasi masalh kulit kering ialah dengan menggunakan masker yang diperbuat daripada jus oren dan titisan minyak dari bahagian kulit buah oren.

Putih telur pula boleh dicampur dengan buah tomato yang diparut dan disapu pada kulit muka yang berminyak. Ia boleh mengurangkan aktiviti kenlenjar minyak dan bertindak sebagain astrigen bagi menegangkan semula kulit yang mulai kendur.

Untuk menjaga kesihatan rambut,cuci dengan syampu yang di campur dengan kuning telur dan sedikit minyak sayur. Rambut pasti kelihatan subur, cantik dan berkilauan.